2.2.12

DOA UNTUK KELAHIRAN ANAK

Terdapat satu doa yang dikatakan berasal daripada Nabi s.a.w. yang sering diucapkan oleh sesetangah orang ketika mengucapkan tahniah ke atas kelahiran seseorang bayi. Doa tersebut adalah:
شكرت الواهب وبورك لك في الموهوب وبلغ أشده ورزقت بره
Ertinya: Kamu bersyukur kepada al-Wahib (Allah Maha Pemberi), kamu diberkati dengan al-Mauhub (anak yang diberikan), semoga dia mencapai usia dewasa dan kamu dikurniakan kebajikannya.
Dalam riwayat lain:
ورزقت بولده
Ertinya: semoga kamu dikurniakan anaknya (cucu)
Persoalannya adakah hadis ini shahih? Kerana hadis ini hanya diriwayatkan oleh beberapa orang ulama hadis sahaja, antaranya Imam Ibn Abi al-Dunya di dalam Kitab al-Iyal, Qira al-Dhayif dan al-Nafaqah ‘ala al-Iyal, Imam Ali bin Ja’d di dalam Musnadnya, Ibn Asakir di dalam Tarikh Dimasyq. Ulama-ulama hadis lain tidak meriwayatkan hadis ini dalam kitab-kitab mereka. Jadi adakah hadis ini shahih?
Untuk mengetahui jawapannya, bahawa terdapat maklumat yang mengatakan semua riwayat hadis ini bersumber daripada seorang perawi yang bernama al-Haytham bin Jimar. Dia dianggap daif oleh kebayakkan ulama adalah. Antara mereka adalah Yahya bin Ma’in, Ahamad bin Hanbal, an-Nasai dan al-Sa’di.
Maka dengan terdapatnya perwai tersebut dalam sanad hadis itu ia sudah cukup untuk menghukum hadis tersebut dengan daif. Maka status hadis ini adalah daif.
Adakah tidak boleh beramal dengannya?
Tidak semua hadis yang daif tidak boleh beramal dengannya dan tidak semua hadis yang daif boleh beramal dengannya.Terdapat beberapa syarat untuk beramal dengan hadis daif. Jika sesuatu hadis itu memenuhi syarat-syarat tersebut, ianya boleh diamalkan. Syarat-syarat tersebut adalah:
  • Kandungan hadis tersebut bukan perkara yang berkaitan aqidah atau hukum-hakam, tetapi ianya berkaitan dengan amalan sahaja. Atau dengan kata lain hanya dalam fadail ‘amal.
  • Sanad hadis sesuatu hadis itu tidak terlalu daif
  • Amalan tersebut mestilah terdapat asasnya dalam agama (bukan amalan 100% baru).
  • Hendaklah tidak beriktikad ketika beramal dengannya bahawa ia pasti daripada Rasulullah sallahu’alaihi wasallam, tetapi hendaklah beramal dengan niat berhati-hati. Maksudnya jika kita mengatakannya pasti, lalu perkara itu tidak benar maka kita berdosa. Tetapi jika kita berhati-hati yakni tidak menganggapnya pasti dan juga tidak meninggalkannya kerana masih menyangkakan ada kemungkinan ia daripada Nabi s.a.w. Maka jika benar, kita mendapat pahala. Dan jika tidak benar, kita mendapat pahala dengan amalan kebaikan umum.
  • Imam Ibn Hajar menambah satu syarat lagi iaitu: “Tidak menghebahkannya kepada orang ramai sehingga orang-orang yang jahil menyangka bahawa amalan tersebut adalah daripada hadis”.
Berkaitan hadis tadi walaupun ianya daif, ada ulama beramal dengannya kerana isi kandungannya yang indah, iaitu mendoakan keberkatan kepada orang lain dengan menambahkan kegembiraannya dan mengaitkannya dengan Tuhan Maha Pemberi. Tanpa beriktikad bahawa ianya pasti daripada Rasulullah sallahu’alaihi wasallam. Antara mereka yang menngalakkan beramal dengannya adalah Imam Nawawi dan al-Qahtani. Sila lihat kitab al-Azkar dan al-Hishn al-Muslim.

8.1.12

Hamzah kecil di atas/bawah alif

Saya pernah menulis topik ini pada post ini. Iaitu tentang kewajiapan menuliskan hamzah kecil pada Hamzah Qata' sama ada di bawah atau di atas Alif mengikut kedudukannya berdasarkan barisnya. Iaitu jika ia berbaris bawah maka Hamzah ditulis bawah Alif dan jika barisnya adalah atas atau depan maka Hamzahnya ditulis di atas Alif.
Contohnya:  الإبل ,الأكل . الأستاذ
Tapi malangnya, saya masih menemui kesilapan yang dilakukan oleh orang ramai, terutamanya oleh pelajar-pelajar jurusan agama yang tidak menuliskannya. Saya telah menegaskan bahawa
·         Sekarang jika ia tidak  dilakukan ia adalah dikira sebagai satu kesalahan besar!
·         Memang perkara ini belum diterapkan dalam tulisan jawi, tetapi ianya perlu dilakukan kerana untuk membiasakan orang ramai dengannya dan supaya dapat menyelaraskan penulisannya dengan penulisan dalam Bahasa Arab.
Saya tidak pasti mengapakan pelajar jurusan agama agak sukar untuk menerapkannya dalam penulisan mereka; adakah kerana mereka malas menulisnya atau pun kerana mereka tidak dapat membezakan antara Hamzah Qata' dan Hamzah Wasl?
Bagi komputer yang sudah diprogramkan program Bahasa Arab, kekunci untuk Alif bersama Hamzah di bawah adalah Shift+Y. Dan untuk Alif bersama Hamzah di atas adalah Shift+H.

11.12.11

Orang Melayu semua Islam tapi...

Orang Melayu semua Islam tapi tak semua beriman.
Orang Melayu semua mengaku bahawa tiada tuhan selain Allah s.w.t. tapi ada yang merelakan berhala lain disembah.
Orang Melayu semua mengaku bahawa Nabi Muhammad s.a.w. Rasullullah tapi ramai yang meminggirkan ajarannya. Lelaki dan wanita meninggalkan solat dan wanita mempamerkan susuk tubuhnya di mana-mana .
Orang Melayu semua mengaku Al-Quran wahyu daripada Allah s.w.t. Islam tapi ada yang sanggup bercanggah dengannya.
Orang Melayu Semua mengaku beriman tapi ada yang tidak segan mahu melakukan sumpah seranah, kata-kata nista, fitnah, menyihir orang dan kianat.

30.10.11

Surat Puteri Arab Saudi

Saya menerima emel ini daripada seorang teman. Saya tidak pasti adakah cerita ini benar atau tidak. Namun saya rasa ia tidak mustahil. Jadi saya postkan surat ini di blog saya ini.
Surat ini berkaitan komentar seorang puteri kerajaan Arab Saudi yang kurang berpuas hati dengan beberapa projek besar yang dibangunkan oleh Kerajaan Arab Saudi di Mekah kebelakangan ini. Banyak alasan beliau mengapa beliau tidak berpuas hati dengan projek-projek itu.


Saya tidak berkesempatan untuk menterjemahkan surat ini ke Bahasa Melayu. InsyaAllah jika saya ada masa saya akan menterjemahkannya. Bagi sesiapa yang memahami Bahasa Arab bolehlah mereka membacanya dahulu dalam Bahasa Arab...
كتبت الاميرة بسمة بنت سعود بن عبد العزيز المقال التالي بعنوان ( رحلة 80 مليار ) على مدونته ننقله كما هو :
رحلة 80 مليار
جلست أمام جهاز التلفاز أشاهد بهدوء وموضوعية ما تقشعر له الأبدان ‏ويحار منه الزمان ويولد علامات تعجب واستفهام، ثمانون مليار ريال، وما ‏أدراك إلى أين ذهبت الثمانون مليارا، وفي جيوب من عبرت تلك الأرقام لتصل ‏إلى ما صرفت له؟ ‏
مشروع القطار، كلنا نعرف تكلفته الأصلية والشكل الذي عرض قالبه على ‏الملك وكان شبيها بالرصاصة الفولاذية والحضارة اليابانية، والتقنية ‏الأمريكية، والرفاهية الفرنسية، ذو أرقام فلكية، وعندما بدأ تشغيله رأينا ‏بضاعة صينية، لا تشبه الصور المقدمة إلى الملك والسلطات التشريعية، ولا ‏تمت بصلة إلى الأرقام الفلكية التي سحبت من أجل تشغيل هذا القطار الذي ‏وصف من أحد الحجاج بالخارج 'عجبت يا جماعة المملكة تشغل هذا النوع ‏من الأجهزة، إحنا ما عندناش فلوس، بس شغلنا أحسن القطارات، بأقل ‏الأسعار، حتى لو كان إتاكل منها كتير، ولكن صرف منها الكثير'.‏
عندما سمعت هذه العبارات هززت رأسي، وقلت لنفسي: ما هو الجديد في ‏الساحة، فهذا ما تعودنا عليه في كل مرة، أرقام فلكية، وتنفيذ لا يرقى إلى اقل ‏الحضارات تقدما، قالبا من غير قالب، قشور ذهب والقالب من تنك!‏
أما وفي نفس المجال، تقف الساعة الرهيبة، ذات الشكل البريطاني الذي ‏ينتمي إلى ساحة بيكنجهام، وليس فوق بيت الله الحرام، والشعار الذي يعلو ‏الساعة وكأنه محتار إلى أي ثقافة ينتمي، فشكل الساعة فوق المسجد الحرام ‏بحد ذاته'حرام'.‏
وإن لم يجرؤ أحد من مشايخنا الكرام أن يقوله خوفا من السلطات المحلية ‏والأوامر التنفيذية، فإنني أقولها ووجدت جمهور لا يخاف إلا رب العزة ‏والجلال، إن كل الأشكال الهندسية التي أحيطت بالبيت الحرام، هي ذات دلالة ‏خطيرة، لتغطية الكعبة الشريفة عن أعين المعتمرين والحجاج، وسكان بكة ‏الطيبة، ومرتع لمنتجعات لا تمت بصلة على روحانيات هذا البلد الأمين، ولا ‏لشعائر الحج والعمرة من جهاد وشعور بالانتماء إلى الثقافة الإسلامية ‏والشعائر الدينية التي أمرنا بها بان نزهد في الدنيا وما عليها ونتساوى كخلق ‏أمام الرحمن، وشعائر هذا الدين الحنيف الذي ساوى بين العربي والأعجمي ‏بالتقوى.‏
أما كانوا يسألون أحفاد رسول الله صلى الله عليه وسلم الحسن والحسين ‏عندما كانوا يعتمرون أو يحجون لماذا لا يمتطون الأحصنة ويحملون الخيام ‏ويتزودوا بأحلى الطعام وهم ذاهبون إلى هذه المناسك المقدسة، ألم يكن ‏جوابهما شاف للقلوب الميتة بأنهما يريدا الأجر في كل خطوة مرتجلين الرحلة ‏على الأقدام حتى ينالا الجر والثواب الكاملين؟
وألم يقولا إنها رحلة الجهاد الأكبر والشعور بالزهد من ما يعكر صفو هذه ‏الرحلة الروحانية، ألم يطلب الرسول بعدم أخذ أجر مبيت المسلمين الذين ‏يصلون إلى مكة للحج والعمرة ألم.... ألم.....؟
بينما نحن غارقون في بناء المنتجعات السياحية بمكة، وشوارعها ومن ‏يقطنون بيوتها أو بالأحرى من بقي منهم يئن من الجوع وخراب الشوارع ‏والبيوت، والفقر المدقع. ‏
ومن لا يصدقني فليأخذ يمنه أو يساره عند وصوله إلى مكة ويجول في أروقة ‏شوارعها، سيرى ما تقشعر له الأبدان من فقر مدقع، وبطون فارغة، وشيوخ ‏وأطفال يئنون من أمراض مستعصية، بينما تؤجر الغرفة في أحد فنادق مكة ‏أمام الحرم بعشرات الألوف، ويعطى لأصحاب العقارات المنزوعة القروش، ‏ويفرضون عليهم القبول وإلا الويل والثبور.‏
ولنعود إلى مسألة الثمانين مليار التي منها توسعة المسعى، هل من المعقول ‏هذا الرقم الخيالي الذي بتنا نعرف أنه عنوان إحدى الشركات الكبرى التي ‏باتت الوحيدة في الساحة، تأخذ كل المناقصات الحكومية، وتوزعها في الباطن ‏بأسعارها المعهودة، وجودة بنائها الذي بتنا نرى نتائجه في كل شوارع ‏المنطقة الغربية، وأبنية الأماكن المقدسة ونرضى بان نسكت عن هذه المهزلة ‏الأزلية.‏
فبالله عليكم، ألا يكفي هذا المبلغ لبناء كل المنطقة الغربية والشرقية، وما ‏جاورها من قارة إفريقية باتت تنام وتستيقظ على الجوع والموت السريع، ‏ونحن نرى هذا المبلغ الرهيب، يمرر عبر جلسة افتتاح، ولا أحد يجرؤ أن ‏يتقدم إلى مليكنا الحبيب ونايف الأمين ويقول لهما هذا هو الكذب الرهيب الذي ‏يجب أن يحاسب عليه كل من نفذ واشرف على هذا المشروع الركيك، من ‏قطار مشاعر إلى ساعة لا تنتمي إلى الحضارة الإسلامية ومسعى لا يحتاج إلى ‏هذه الأرقام الخيالية.‏
ثمانون مليار.. لنعدها، فلن نستطيع لأنها مبلغ يكفي لبناء وإشباع كل شعب ‏المملكة العربية السعودية، ويلغي كلمة فقر من هذه البقعة الجغرافية، وتعلو ‏كلمة الحق التي يجب أن تستعيدها هذه السلطة التنفيذية التي أصبحت متعلقة ‏في كراسيها منذ العهود البدائية الحجرية.‏
لابد من المحاسبة ومساعدة كل بيت وأسرة في هذه البلاد الطيبة، لتوظف هذه ‏الأرقام الضخمة لأولويات وهي إسكان وإطعام سكان هذه الجزيرة العربية، ‏وليس لتوسيع وتعمير ساعة تشبه أصنام الجاهلية، وأبنية تلغي هوية هذه ‏البقعة الشريفة المكية، وتغطي على أول بيت وضع للإنسان وقطار ينتمي إلى ‏العصور ما قبل الهجرية والصناعية.‏
من يجرؤ ويقول كلمة الحق لملك الإنسانية، لا صوت لمن تنادي، وهذا ما ‏تعودت عليه عند كتابة مقالاتي، ولكن يوما ما سيصل الصدى ليصبح أزيزا ‏وعندها ستسمع كلمة الشفافية وتصل إلى مليكنا، وأتمنى أن تكون من خلال ‏علمائنا الذين أحملهم المسؤولية وأداء الأمانة بكل شفافية ومصداقية، فكفانا ‏أكل لحوم البشر وصرف النظر.‏
همسة الأسبوع
لم يعد للهمس فائدة...‏
فيجب من الآن أن يكون الهمس رسالة واضحة لكل من له صوت ونخوة ‏إسلامية، فهذه مسؤولية سنسأل عليها ورسالة سنحاسب عليها.  

20.10.11

Pautan Berguna Untuk Pelajar Sarjana Muda: Panduan Penulisan Akademik


Sebenarnya link-link ini boleh dijumpai di mana-mana enjin carian. Namun kerana kebarangkalian ia akan memudahkan mereka dalam pencarian, lalu mereka akan lebih cepat dalam menyiapkan tugasan mereka, maka saya kumpulkan pautan-pautan itu di sini. Apa yang penting adalah mereka menghayati isi-isi kandungannya dan mengaplikasikannya dalam latihan penulisan mereka. Berikut adalah pautan-pautan tersebut: